Menurut kumpulan itu, fasa satu kontrak ITIS itu kini dilanjutkan sehingga 2029 berbanding tempoh yang ditetapkan sebelumnya iaitu pada 2026.
ITMAX terlibat terutama dalam membekal, memasang dan menyediakan sistem rangkaian ruang awam.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya William Tan Wei Lun berkata kumpulan itu akan menambah baik penyelesaian dan sistem infrastruktur digital bersepadu sedia ada bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dan memacu transformasi digital.