Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci), Insurans Sukarela (Vi), Insurans Perjalanan (Ti) dan Exdosment 101 (E101) kerana ia sangat membantu sekiranya berlaku musibah.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya pasport atau border pass hilang di Thailand? berikut antara langkah-langkahnya;
- Lapor pada Polis Thailand
- Terjemahan laporan polis ke dalam bahasa Inggeris
- Gambar ukuran pasport
- Bawa surat laporan 1 dan 2 kepada Konsulat Malaysia di Songkhla
- Diberi pasport sementara
- Serahkan kepada imigresen di Thailand di sempadan
Jika anda gagal mematuhi SOP berikut, anda berkemungkinan akan dilarang untuk memasuki Thailand untuk seumur hidup.
Oleh itu, sebagai pelancong di luar negara atau di ditempat orang, kena sentiasa berwaspada pada setiap barangan peribadi berharga, terutama sekali pengenalan diri.
SUMBER : Satun Siam @ Cikgu Joe Satun