Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang dan ia akan mencerminkan nilai ‘keberanian, tidak jangkaan dan authentic.'
Selain itu, ia juga menjadi sebahagian daripada dorongannya ke arah 'kelestarian dan penyahkarbonan'.
Logo baharu dilihat lebih minimalis berbanding sebelum ini dan tiada kesan 3D, manakala huruf kini 'lebih luas' dan menjadi sebahagian daripada muka taip jenama rasmi.
Menurut Lamborghini, warna hitam dan putih kini menjadi warna utamanya sekali lagi yang pada awalnya diperkenal sejak awal 70-an, manakala kuning dan emas kini dianggap warna 'aksen'.
Jika bertanya apa asal usul lembu jantan itu, menurut teori paling popular dalam sejarah Lamborghini iailah zodiak pengasas Ferruccio Lamborghini adalah Taurus dan beliau pencinta sukan laga lembu.
We have renewed our historic logo to adapt the brand's visual expression with the "brave," "unexpected," and "authentic" values of our "Driving Humans Beyond" mission and is part of the ongoing process of evolution, initiated with our Direzione Cor Tauri strategy.#Lamborghini
— Lamborghini (@Lamborghini) March 28, 2024
SUMBER : TopGear