Menerusi kerjasama dengan pengendali titik pengecasan (CPO) seperti CDG Engie, City Energy Go dan EVolt, Gentari Go membolehkan para pemilik EV mengakses lebih 2,000 pengecas merentas Malaysia, Singapura dan Thailand.
Menurut CEO Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli berkata, "tujuan kami adalah untuk menjadi satu platform pilihan untuk pengguna yang mahu memulakan perjalanan tenaga bersih."
Jelasnya lagi, ia bukan sekadar satu aplikasi yang menawarkan akses pengecasan merentas sempadan, Gentari Go juga menawarkan kemudahan termasuklah khidmat sewa EV, sehinggalah kepada penyelesaian tenaga untuk isi rumah seperti pemasangan wallbox atau panel solar.
Selain itu, Gentari Go juga mahu menyediakan peluang kepada perniagaan untuk mengembangkan potensi mereka dalam ekosistem tenaga hijau.
Dengan menyertai platform Gentari Go, pengurusan armada dapat mengakses jaringan pengecasan yang lebih meluas dan dalam masa yang sama dapat mengoptimasikan sokongan telematik untuk kenderaan mereka.
Aplikasi mudah alih Gentari Go boleh dimuat turun secara percuma menerusi Apple App Store dan Google Play Store.
Untuk tempoh terhad, Gentari Go menawarkan diskaun 10 peratus untuk 10 transaksi pengecasan, sah di semua poin pengecasan Gentari di seluruh Malaysia.