Tony Romeo seorang bekas pegawai Tentera Udara Amerika Syarikat mendakwa menjumpai lokasi bangkai pesawat Earhart menggunakan sonar.
Imej sonar yang dikongsi adalah agak kabur tetapi mirip bentuk Lockheed Elektra yang dilengkapi dua enjin serta mempunyai ekor berkembar.
Romeo berkata, beliau akan cuba mengambil imbasan yang lebih jelas di lokasi yang masih dirahsiakan pada ketika ini menurut laporan dari Reuters
Kehilangan Earhart adalah antara enigma paling besar dalam sejarah dunia penerbangan. Antara teori mengenai kehilangan beliau ialah pesawat terhempas selepas tersesat dan beliau ditangkap oleh askar Jepun kerana didakwa adalah pengintip.
Beberapa misi mencari beliau sejak 87 tahun yang lalu menemukan serpihan aluminium didakwa sebahagian bangkai pesawat dan tulang yang didakwa milik beliau tetapi kemudiannya hilang.
- adakah ini fakta atau auta, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya, mana tahu mungkin misteri kehilangan MH370 juga akan terjawab juga satu hari nanti, Insya Allah -