PERODUA BAKAL MEMPERKENALKAN EV MAMPU MILIK PADA HUJUNG 2025

oleh Firdaus Razani|
Terkini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkongsi di laman sosial X nya bahawa pengeluaran besar-besaran EV oleh Perodua dijadualkan pada hujung tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa.

Ia selaras dengan pelantikan syarikat Perodua sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).

Perkara ini akan memberi laluan kepada pasaran EV tempatan yang lebih mampu milik setelah kerajaan menetapkan harga asas sejumlah RM100 ribu untuk setiap EV CBU.

Buat masa kini, masih belum ada makluman rasmi tentang model atau harga dari Perodua berkenaan EV tersebut, namun pada Mei tahun lalu, dipaparkan satu pembangunan konsep Electric Motion Online (EMO) oleh Perodua.

Melalui paparan tersebut, diperlihatkan sebuah konsep EV bersaiz Myvi dengan bateri 50kwj dan jarak pemanduan sehingga 350km.

 

SUMBER : Amanz , Paultan

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke…
Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…