Dengan jumlah sebanyak 12,711 unit yang dijual pada bulan Disember menjadikan jumlah jualan tahun itu meningkat sebanyak 9.3 peratus berbanding jumlah yang unit yang terjual pada 2022.
Jumlah peningkatan tersebut juga merupakan dari permintaan tinggi yang kukuh untuk model PIES (Persona, Iriz, Exora dan Saga) yang memacu pertumbuhan jualan pada 2023.
Proton Saga masih menjadi pilihan untuk pembeli kereta pertama yang meletakkan model itu keempat terlaris di Malaysia untuk tahun 2023.
Proton Exora mengakhiri pengeluarannya dengan kenaikan jualan dan lebih 194,000 unit telah terjual, menjadikannya MPV segmen C paling berjaya dalam sejarah automotif Malaysia.
Proton Persona dan Iriz juga menunjuk peningkatan pada unit jualan mereka, selepas model itu mengalami kelewatan teruk akibat kekurangan cip pada tahun 2022.
Manakala SUV siri X, Proton X50 dan Proton X90 mengakhiri tahun sebagai peneraju pasaran bagi segmen masing-masing, walaupun selepas lebih 100,000 unit telah dikeluarkan dan dijual.
Permintaan untuk Proton X50 kekal kukuh dengan 31,829 unit dijual di Malaysia dan pasaran eksport pada tahun 2023.
Sejak dilancarkan pada Mei 2023, Proton X90 terus menjadi kuasa dominan dalam pasaran SUV segmen D dan mengakhiri tahun dengan 4,815 unit terjual.
Akhir sekali, Proton X70 merupakan SUV segmen C kedua paling popular bagi tahun 2023 dengan 11,200 unit terjual.
Bagi Proton S70, penghantaran kepada pelanggan akan bermula pada tahun 2024 dan sehingga kini, lebih 5,000 tempahan telah diterima dan dijangkakan model itu akan menyumbang kepada jumlah jualan yang banyak pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Li Chunrong berkata, “Tahun 2023 merupakan satu lagi tahun yang mencatat rekod bagi industri automotif kerana jumlah jualan melonjak sebanyak 10.3% berbanding volum tertinggi sebelumnya yang dicapai hanya 12 bulan sebelumnya.
“Faktor seperti pemenuhan pesanan untuk kereta bebas cukai sehingga akhir bulan Mac tidak syak lagi mendorong peningkatan volum pada suku pertama tahun itu”