Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju ke arah perjanjian dengan baki pemegang minoriti saham Mclaren.
Ia termasuk menukar ekuiti mereka kepada instrumen seperti waran dan menyediakan dana dengan pemilikan penuh jenama tersebut.
Menurut laporan Sky News, kontrak yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti itu tidak akan dikelaskan sebagai saham, tetapi akan mempunyai hak untuk mendapat manfaat seperti potensi tawaran awam permulaan Mclaren.
Berkenaan perkara itu, ia akan diumumkan pada masa terdekat.
Mumtalakat telah mengembangkan kepentingannya dalam McLaren sepanjang tahun ini serta memperoleh saham yang sebelum ini dipegang oleh dana kekayaan negara Arab Saudi serta pelabur kewangan A.S. Ares Management.
Sejak Pandemik Covid-19, ia menjadi tempoh sukar untuk Mclaren kerana kewangan yang tidak konsisten yang mendorong untuk memotong tenaga kerja.
Mereka terpaksa menjual kepentingan utama dalam divisyen Mclaren Racing mereka dan mengasingkan sepenuhnya Mclaren Applied Technologies.
Mclaren juga mahu menjual ibu pejabat mereka di Woking, United Kingdom dengan harga $237 Juta dan memajaknya sebagai sebahagian daripada perjanjian 20 tahun.
SUMBER : Carscoops