Tesla hasilkan Cybertruck untuk kanak-kanak, harga RM6.9K

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pelancaran trak pikap elektrik pertama Tesla iaitu Cybertruck minggu lalu sekaligus menamatkan penantian selama empat tahun buat para peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi merancakkan lagi rangkaian produk Cybertruck, Tesla telah memperkenalkan satu lagi varian yang lebih murah dengan skala lebih kecil, khusus untuk kanak-kanak.

 

2

 

Ditawarkan dengan harga USD1,500 (RM6,999), Cybertruck untuk kanak-kanak itu hadir dengan dua tempat duduk, serta fungsi lampu depan dan belakang.

Dihasilkan khusus untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun, ia dikuasakan pek bateri ion litium bersama satu motor elektrik di roda belakang yang menghasilkan 0.7 HP.

 

3

 

Menariknya, Cybertruck mini itu mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 16 kmj di mana kelajuan tersebut boleh dihadkan kepada 8 kmj dan jarak gerak sehingga 19 km.

Bagaimanapun sebelum anda semua teruja, Tesla Cybertruck untuk kanak-kanak ini hanya dijual untuk pasaran US sahaja, di mana semua stok kini telah habis dijual.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…
Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…