Untuk model CB650R 2023, pembeli boleh mendapatkan warna baharu Mat Gunpowder Black Metallic disamping dua warna sedia ada (Candy Chromosphere Red dan Mat Jeans Blue Metallic).
Dari segi spesifikasi, Honda CB650R dan CBR650R dikuasakan oleh enjin 649 cc DOHC 16 injap dengan piawaian Euro 5, menghasikan kuasa setinggi 94 hp @ 12,000 rpm dan daya kilas 64 Nm @ 8,500 rpm.
Kedua-dua model mendapat ciri seperti fork Showa Separate Function-Big Piston (SFF-BP) 41 mm jenis terbalik, sistem brek ABS dua saluran, serta Honda Selectable Torque Control (HSTC).
Harga jualan adalah seperti berikut:
Honda CB650R 2023 - RM44,499
Honda CBR650R 2023 - RM46,499
Honda CB650R dan CBR650R boleh didapati di semua pengedar sah BigWing di seluruh Malaysia.