Kedua-duanya membawa lagak berbeza daripada unit kilang dengan kit gayaan gentian karbon yang direka oleh pemilik Urban Automotive, Simon Dearn dan para perekanya.
Direka dan dihasilkan dengan tangan di Britain, produk Urban Automotive merupakan satu-satunya set gantian penuh yang dibuat daripada gentian karbon.
Pakej tersebut biasanya terdiri daripada 40 komponen. Selain kit badan, dua model mewah itu dilengkapi aksesori pilihan ekzos Milltek Sport dan rim Vossen.
Sebelum dibawa ke SEMA, pengubahsuaian dibuat oleh Platinum Motorsport Group di Los Angeles.
Milltek bukan sahaja membekalkan ekzos tetapi juga sebagai pengedar eksklusif produk Urban Automotive di Amerika Syarikat.
Urban Automotive sebelum ini menawarkan pelbagai pilihan untuk pemilik Land Rover dan Range Rover dan masih baharu untuk Rolls-Royce.
Kit gayaan Ghost adalah yang kedua selepas pakej Cullinan dilancarkan pada 2022.
Dengan tema yang sama seperti warna hitam kilat, badan rendah, rim besar dan tayar nipis, kedua-duanya nampak sepadan apabila berada sebelah-menyebelah di dalam garaj.
Kit Urban Automotive untuk Range Rover L460:
- Bampar depan gentian karbon
- Pendakap bampar depan dalam kemasan hitam kilat atau Visual Carbon Fibre
- Riasan pendakap bampar Visual Carbon Fibre
- Lampu nyalaan siang (DRL) dengan lampu kabus asal
- Pemisah (splitter) tiga bahagian pada bampar depan dalam kemasan Visual Carbon Fibre
- Bampar belakang gentian karbon
- Peresap belakang dengan pedakap boleh tanggal dalam kemasan Visual Carbon Fibre
- Muncung ekzos aluminium
- Skirt sisi dalam kemasan Visual Carbon Fibre (pilihan untuk model SWB dan LWB)
- Pendakap pintu depan dalam kemasan Visual Carbon Fibre dengan logo Urban Icon
- Spoiler belakang
- Riasan belakang Urban Sabre dengan logo Urban
- Logo Urban pada bonet dan pintu but
- Pilihan rim 24 inci
- Pilihan ekzos Milltek Sport
Kit Urban Automotive untuk Rolls-Royce Ghost:
- Bampar depan gentian karbon
- Riasan bampar depan dalam kemasan Visual Carbon Fibre
- Lampu DRL bersepadu
- Pemisah bampar depan dalam kemasan Visual Carbon Fibre
- Bampar belakang gentian karbon
- Peresap belakang dalam kemasan Visual Carbon Fibre
- Muncung ekzos aluminium
- Skirt sisi dalam kemasan Visual Carbon Fibre
- Lip spoiler belakang dalam kemasan Visual Carbon Fibre
- Logo Urban Icon pada pintu but
- Pilihan rim aloi tempa 22 atau 24 inci
- Pilihan ekzos Milltek Sport
Penulis: Muhammad Md Tajudin