Di Amerika Syarikat Nissan memperkenalkan Sentra DET Concept sempena pameran SEMA 2023.
Celoreng kereta tampil meriah dan kereta ini sebenarnya dipengaruhi model perlumbaan Sentra Cup di Kanada dengan satu pusingan bakal berlangsung di Amerika Syarikat pada 2024.
Model ini juga dibuat bagi memberi penghormatan kepada sejarah Nissan seperti model SE-R dan warisan NISMO.
Peminat dan pengubahsuai kereta Nissan pula pasti kenal dengan nama DET yang digunakan atau merujuk kepada enjin berprestasi Nissan.
DET bermaksud Dual overhead cam, Electronic Fuel Injection, Turbo dan digunakan pada hero Nissan seperti Silvia/180SX, Pulsar GTI-R, Skyline dan Stagea.
Supaya selari dengan kehebatan yang ditonjolkan, Sentra DET dibekalkan enjin MR20DD 2.0 liter turbo dan padanan kotak gear manual enam kelajuan.
Enjin itu tidak dibiarkan dalam keadaan asal dengan sejumlah pengubahsuaian seperti pengecas turbo, sistem pengurusan enjin dan pelbagai lagi.
Ekzos asal turut ditukar kepada set prototaip NISMO B18. Penambahan kuasa diharmonikan dengan perkakasan ampaian baharu dari NISMO.
Bukan setakat pasang, suspensi kereta disempurnakan menggunakan input dari pelumba GT4, Bryan Heitkotter.
Tukup enjin ditebuk untuk dipasang sirip udara dan mengingatkan kepada Pulsar GTI-R.
Badan hitam dan celoreng merah putih diserlahkan lagi dengan rim 18 inci NISMO LM-RS6 bersama tayar Yokohama ADVAN Neova® AD09.
Angkup brek di sebalik rim bukan sekadar menonjolkan warna merah tetapi diambil dari Nissan Z.
Bahagian dalam juga tidak kurang hebat dengan kerusi Recaro Sportster CS dan tombol gear NISMO GT.
Ciri-ciri Nissan Sentra DET Concept:
Suspensi
- Penyerap hentak tiub berkembar prototaip NISMO
- Pegas gegelung prototaip NISMO B18 Sentra
- Kit prototaip batang pengimbang (sway bar) NISMO B18 Sentra
Rim dan Tayar
- NISMO LM-RS6 18 x 8.5 +40, warna Hitam Satin
- NISMO LM-RS6 18 x 8.5 +40, warna Tembaga
- Tayar 245/40/18 Yokohama ADVAN Neova® AD09
- Nat tempa NISMO (PN# 40220-TUN01)
Ekzos
- Ekzos prototaip NISMO B18 Sentra
Rangkaian kuasa
- Nisbah mampatan 10:5:1 (asal 11:5:1)
- Rod Eagle
- Omboh Manley
- Rawatan dalaman WPC (mengurangkan geseran dan menguatkan perkakasan enjin)
- Pendingin antara (intercooler) Garrett
- Pengecas turbo Garrett G25 660
- Blow-Off Valve Turbosmart Vee Port Pro
- Plat penjarak pancarongga (manifold spacer plate) Jim Wolf Technology dengan port pemancit
- Pemancit kedua Bosch EV14 347 cc/min
- Pam bahan api dalam tangki DeatschWerks 255ph
- Transduser tekanan bahan api Motec
- Radiator AFCO radiator
- Penutup minyak NISMO (PN# 15255-RN015)
- LSD Quaife QDF9M ATB (automatic torque biasing)
- Roda tenaga (flywheel) ringan McLeod dan kit cekam sport
- McLeod lightweight flywheel and sport clutch kit
- Modul kawalan enjin (ECM) Motec M122
- Perisian tegar ( firmware) Motorsports in Action model lumba Sentra Cup
Brek
- Angkup depan dan belakang Nissan Z
- Cakera CZP Nissan Z
Dalaman
- Kerusi depan Recaro Sportster CS
- Tombol gear NISMO GT
Luaran
- Cermin sisi biru pelbagai fungsi NISMO
- Perumah cermin sisi NISMO
- Set pelindung pintu NISMO
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan