A-Class baharu dilancar - harga dari RM196k

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan generasi terbaharu A-Class, yang lebih kepada sebuah faceflit (perubahan) dan bukannya model gantian.

Menurut Mark Raine, Naib Presiden Jualan Dan Pemasaran untuk Mercedes-Benz Malaysia, A-Class facelift diberikan pelbagai inovasi dan kelengkapan baharu yang akan memenuhi selera peminat model ini ataupun mereka yang berminat dengan model A-Class.

Di bawah ialah senarai pembaharuan yang telah dilakukan.

- Empat variasi diperkenalkan - A 180 Urban Line (RM195,888), A 200 AMG (RM205,888), A 250 Sport (RM238,888) dan A 45 AMG (RM348,888) - harga atas jalan kecuali insurans

- Penambahbaikan pada segi kosmetik dan juga dalaman. A-Class kini boleh didapati dalam varian enjin 1.6 liter dan juga 2.0 liter

- Lengkap dengan pilihan mod pemanduan Dynamic Select - Eco, Comfort, Sport dan Individual.

[gallery size="large" columns="2" ids="5773,5777,5792,5778"]

- Untuk A 180 Urban Line, kuasa enjin dihadkan ke 122 hp dan 200 Nm. Transmisi ialah automatic dual clutch 7-kelajuan dengan sedikit pembaikan untuk memperbaiki pecutan. Lampu depan jenis LED High performance dengan Adaptive Highbeam Assist sementara lampu belakang ialah LED sepenuhnya. Bahagian dalam didatangkan dengan kerusi fabrik dengan kemasan kulit.

[gallery size="large" columns="2" ids="5779,5774,5780,5793"]

- Model A 200 AMG datang dengan rekabentuk sporti kerana diberikan bumper-bamper yang lebih agresif serta bodykit tepi dan roda aloi AMG 18-inci. Ia juga 15 mm lebih rendah kerana menggunakan sistem suspensi sport. Enjin menghasilkan 156 hp dan 250 Nm serta transmisi 7G-Tronic auto. Hajalu maksimum ialah 224 kmj. Ruang kabin lengkap dengan kerusi sport kemasan Alcantara.

[gallery columns="2" size="large" ids="5781,5776,5784,5785"]

- A 250 Sport pula memberikan anda 211 hp dan 350 Nm serta kelajuan maksimum 240 kmj. Transmisi sama dengan varian lain. Secara luaran, ia hampir sama dengan A 200 AMG dan roda aloi AMG 18-inci. Yang sedikit berbeza ialah garisan halus merah yang ada pada bodykit dan bumper. Ia juga datang dengan suspensi AMG sama dengan A 200 AMG.

[gallery size="large" columns="2" ids="5771,5772,5786,5787,5788,5789"]

- A 45 AMG masih kekal varian paling canggih untuk barisan A-Class dengan tambahan kuasa - 381 hp dan 475 Nm (21hp dan 25Nm lebih dari versi dahulu). Kelajuan maksimum ialah 250 kmj sementara pecutan dari 0-100 kmj ialah 4.2 saat. Transmisi AMG Speedshift DCT dual clutch 4Matic auto dikemaskini dengan ratio-ratio yang lebih pendek, menjadikan pemanduan lebih "ganas". Suspensi baharu kini mempunyai komponen AMG Ride Control dengan dua pilihan peredam, Dynamic dan Comfort. AMG Performance Exhaust juga standard.

- Di bawah ialah spesifikasi lengkap kesemua variasi A-Class terbaharu.

ACLASS SPEC