VR46 Latih Pelumba Asia?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pelumba muda Yamaha yang beraksi di dalam saingan Asia Production 250cc pada Kejuaraan Motosikal Asia FIM akan berpeluang untuk menjalani latihan di bawah kendalian juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi VR46. Semalam Yamaha telah memeterai perjanjian sebagai rakan perniagaan dan pembekal motosikal bagi akademi permotoran milik Rossi, VR46 Riders Academy. Sebagai langkah permulaan, bagi musim 2016 ini Yamaha akan memilih pelumba terbaik yang beraksi dalam saingan Asia Production 250cc untuk menjalani latihan di akademi milik juara dunia itu. Dua sesi latihan, tiap satu nya selama seminggu telah dirancang untuk tahun ini. Barisan pelumba-pelumba muda terbaik Yamaha di Asia akan mengikutii latihan di Akademi Pelumba VR46. Ini termasuk latihan gimnasium, latihan di MotoRanch dan Litar Misano dengan menggunakan jentera YZF-R3 dan YZ250F. Pelumba terpilih juga akan menerima latihan daripada Rossi dan jurulatih sepenuh masa di akademi tersebut. Pada masa sama Yamaha turut mengumumkan pelumba rasmi mereka yang akan beraksi dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM. Pasukan Yamaha Factory Racing Team akan diwakili dua pelumba, iaitu pelumba handalan Jepun, Yuki Ito dan pelumba yang kian meningkat naik dari Malaysia iaitu Mohd Fitri Ashraf Razali. "Saya gembira dengan perjanjian diantara Yamaha dan VR46," ujar Rossi sewaktu ditanya pendapat nya. " Melalui akademi ini kami menyediakan pelbagai latihan dan perkara menarik kepada pelumba berbakat dan saya percaya Yamaha adalah rakan kongsi terbaik yang dapat membantu pelumba-pelumba ini untuk mempertingkatkan prestasi mereka.  Saya sangat gembira memandangkan perjanjian ini turut melibatkan dua perkara yang saya suka dan lakukan selama ini, Yamaha dan akademi pelumba. Saya berharap perjanjian ini akan mendatangkan keputusan yang baik. Saya juga tidak sabar untuk bertemu pelumba yang akan menghadiri sesi latihan sepanjang tahun 2016 ini. Saya yakin mereka akan menikmati peluang yang diberikan dan kami akan berseronok bersama-sama. Mungkin kami semua akan menemui bakat-bakat baharu!” MYMm_Rossi_TeamUniform_10