BMW M2 Coupé baharu Telah Tampil

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pengeluar kenderaan premium BMW telah menampilkan model terbaharu sports BMW M2 Coupé yang ditunggu-tunggu peminat kereta Malaysia. Sports Coupé premium berprestasi tinggi ini dipersembahkan pada acara pertandingan tenis profesional iaitu BMW Malaysia Open 2016. BMW 03 BMW M2 Coupé baharu daripada BMW M GmbH ini meneruskan tradisi BMW 2002 turbo yang telah dikeluarkan 40 tahun dahulu untuk menawarkan kelincahan, dinamik dan kawalan kenderaan yang dikatakan mereka sebagai sempurna. Dibina untuk memenuhi syarat pemakaian tanda "M" mereka, ia berbekal teknologi M TwinPower Turbo dan suspensi M Sport talaan khas bagi menghasilkan sebuah jentera sports baharu berprestasi tinggi. Sistem pacuan roda belakang dan pakej teknologi perlumbaan termaju yang komprehensif memastikan dinamik pemanduan mengagumkan, kelincahan luar biasa dan kawalan kenderaan yang optimum. BMW M2 Coupé ini dikatakan mempunyai karekter yang tepat dan sama sejak awal lagi, dan sesuai samada di atas jalan raya mahu pun di litar lumba. BMW 02 Ketua Jualan BMW Group Malaysia, Raymond Tan berkata, “BMW M2 Coupé baharu ialah sebuah kereta yang sangat istimewa. Ia dihasilkan dalam jumlah yang terhad di seluruh dunia. Jadi, kita sangat bertuah kerana diperuntukkan beberapa unit untuk pasaran Malaysia sempena sambutan Ulang Tahun ke-100 BMW Group. BMW M2 Coupé baharu sekali lagi mengukuhkan hakikat bahawa prestasi premium dan dinamik kenderaan di Malaysia hanya boleh diukur melalui satu huruf – M – ” M2 Coupé baharu ini menampilkan teknologi M TwinPower Turbo generasi terkini dengan enjin enam silinder. Aspek dinamik nya tampak terserlah menerusi garis badan yang maskular, rim aluminium bersaiz 19 inci yang eksklusif serta sistem ekzos sport berkembar. BMW 01 Ciri-ciri utama M pada kereta ini dizahirkan lagi menerusi hiasan ruang dalaman, teknologi suspensi ringan M Sport yang diperbuat daripada aluminium, transmisi M dengan klac berkembar tujuh kelajuan, brek kompaun M dan mod dinamik M. BMW M2 Coupé baharu tampil dengan unjuran hadapan yang pendek, bonet, tapak roda panjang, bingkai tingkap belakang klasik BMW Hofmeister dan elemen reka bentuk signatur M jelas mengukuhkan lagi ekspresi dinamiknya. Bahagian hadapan nya dipasang dengan geriji buah pinggang BMW yang sememangnya mudah dikenali, dan diwarnakan hitam, sama seperti reka bentuk roda jejari berkembar M yang turut ditampal dengan logo BMW M. Elemen reka bentuk M yang lain termasuklah rim aluminium bersaiz 19 inci dengan jejari berkembar M, serta lekuk roda yang kelihatan cukup kemas pada bahagian hadapan dan belakangnya. Dengan janaan kuasa mencecah 370hp dan tork sebanyak 465Nm serta tork maksimum 500Nm dengan fungsi overboost, ia dipadankan dengan kotak gear klac berkembar M tujuh kelajuan bersama Drivelogic dan fungsi Launch Control. M2 Coupé mampu memecut dari 0 hingga 100kmj dalam masa hanya 4.3 saat. Ciri Stability Clutch Control akan diaktifkan jika perlu untuk menghalang berlakunya oversteer dan menstabilkan kenderaan. Ia juga didatangkan dengan fungsi “creep on demand” yang membolehkan pemandu untuk mendapatkan kesan sama seperti kotak gear automatik konvensional apabila menekan pedal minyak secara perlahan-lahan ketika baru hendak bergerak. Cirri ini boleh digunakan untuk keluar dari ruang parkir yang sempit, misalnya, ataupun ketika jalanraya sesak. Bagi yang gemar memberi rakan anda 'makan asap', satu lagi ciri yang ada ialah 'Smokey Burnout' yang membolehkan anda memusingkan tayar belakang dengan ligat sambil kereta bergerak pada kelajuan rendah. Cuma pastikan tayar anda telah botak dan perlu ditukar.... Paparan meter instrumen M ini datang dengan meter kelajuan yang mencecah 300kmj dan meter rev sehingga 8,000rpm. Satu lagi ciri standard ialah Emergency Call yang memastikan bantuan sewaktu kecemasan. Sekiranya beg udara diaktifkan dalam kemalangan, sistem ini akan menggunakan kad SIM binaan dalam untuk menghantar maklumat tahap kemalangan, risiko kecederaan penumpang dan lokasi kenderaan ke Pusat Panggilan BMW secara automatik. Maklumat itu kemudian akan digunakan untuk menghantar bantuan kecemasan dan Pusat Panggilan akan terus berhubung dengan mangsa sekiranya perlu. BMW M2 Coupé baru didatangkan dalam warna biru metalik (Long Beach Blue Metallic) sahaja, dan boleh anda miliki dengan mengeluarkan RM498,800.00 dengan sedikit belanja lagi untuk pembayaran premium insurans. Ia datang bersama Jaminan Lima Tahun dengan Perbatuan Tanpa Had BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar untuk BMW M2 Coupé, yang tentu nya tidak merangkumi Smokey Burnout yang ingin anda lakukan....