CEO Rolls-Royce umum persaraan 30 November ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah 13 tahun menyertai dan mengetuai Rolls-Royce, CEO-nya Torsten Müller-Ötvös akhirnya mengumumkan persaraan yang bakal berkuatkuasa 30 November ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Tempat beliau akan digantikan oleh Chris Brownridge yang ketika ini memegang jawatan sebagai CEO BMW UK.

Müller-Ötvös menyertai jenama Rolls-Royce pada tahun 2010 di mana beliau merupakan individu yang paling lama memegang jawatan CEO sejak penubuhan jenama itu pada tahun 1904.
 

torsten


Di bawah kepemimpinan beliau, Rolls-Royce telah berjaya mencapai kejayaan di luar jangkaan, dengan jumlah jualan melonjak kepada lebih 6,000 unit pada tahun 2022 berbanding sekitar 1,000 unit pada tahun 2009.

Tahun lepas, Rolls-Royce secara tepatnya mengedarkan kira-kira 6,021 unit kenderaan kepada 50 buah negara, di mana pasaran Amerika masih lagi merupakan pasaran utama bagi jenama Britain tersebut.
 

Rolls-Royce


"Memimpin Rolls-Royce selama hampir 14 tahun merupakan satu keistimewaan sepanjang kehidupan professional saya," jelas Müller-Ötvös.

"Saya amat berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh pasukan saya yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi UK, serta pengiktirafan global terhadap keupayaan Britain untuk menghasilkan produk mewah terbaik dunia.