Ford S-Max terbaharu sudah tiba di Malaysia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sime Darby Auto Connexxion, wakil pengimport dan pengedar Ford di Malaysia sudah melancarkan model MPV Ford S-Max terbaharu.

Dengan enjin 2.0L EcoBoost yang mampu menghasilkan 238hp dan dilengkapi dengan pelbagai alatan keselamatan elektronik canggih untuk menjamin keselamatan penumpang.

Antara alatan tersebut ialah tujuh beg udara, Electronic Stability Control (ESC), ABS dan pemegang kerusi kanak-kanak IsoFix.

S-Max baharu juga datang dengan lampu utama Adaptive LED dengan Glare-Free Highbeam Technology, Lane Keeping Alert, Driver Alert, sistem Curve Control dan Roll Stability Control.

Dari segi multimedia, sistem SYNC 2 dari Ford yang canggih hanya memerlukan anda memberi perintah secara vokal untuk mengawal radio, suhu pendigin hawa dan telefon.

[gallery size="large" columns="2" ids="5739,5736"]

S-Max baharu juga menampilkan tempat duduk untuk tujuh penumpang dalam aturan yang menawarkan 32 kombinasi. Paling menarik, dengan hanya menekan satu butang, tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh dibaring rata.

Sememangnya, MPV Eropah lebih mementingkan keselamatan, praktikaliti dan keselesaan keluarga.

S-Max ditawarkan pada harga RM234,988.00 seunit di atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia dan RM238,288.00  di Malaysia Timur.

Ada tiga pilihan warna, iaitu elegan putih (Frozen White), perak (Moondust Silver) dan kelabu (Magnetic Grey).

[gallery columns="2" size="medium" ids="5738,5737,5735,5733"]