Lexus GS Dapat Enjin Turbo Baru

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lexus GS kini menjadi salah satu pilihan popular dalam segmen kereta penumpang mewah medium, yang menawarkan alternatif sedan eksekutif kepada model kereta Jerman. GS kini dalam generasi keempat nya dan terus menarik perhatian pelanggan kepada jenama ini dengan pilihan 6 varian iaitu:
  • GS 300H Hibrid
  • GS 350 F SPORT | GS 350 Luxury
  • GS 200t F SPORT | GS 200t Mewah | GS 200t Premium
SG6294-C Selain perubahan kecil seperti yang biasa yang dilakukan kepada generasi semasa, barisan model ini juga mendapat enjin Lexus turbo dalam varian 200t GS. Varian ini menggantikan GS 250 dan walaupun saiz enjin nya yang lebih kecil, keupayaan prestasi dan rangkaian kuasa nya adalah lebih besar berkat pengecas turbo nya. Enjin 2.0-liter turbo ini merupakan yang pertama digunakan oleh Lexus. Enjin petrol 4-silinder dengan nama kod 8AR-FTS ini telah dibangunkan oleh Lexus sendiri dan mempunyai pengecas turbo twin-scroll intercooler yang mampu menjana 241hp pada 5,800 rpm dengan tork maksimum 350Nm dari 1,650rpm ke 4400rpm. Output ini mewakili 17% lebih kuasa dan 38% lebih tork berbanding dengan apa yang telah dihasilkan oleh enjin 2.5 liter pada GS 250 sebelumnya. SG0804-C Enjin 8AR-FTS ini mencapai output yang mengagumkan dengan ciri-ciri seperti kepala silinder sejukan cecair, manifold ekzos bersepadu, dan Injap Pembolehubah Masa pintar - Luas (VVTi-W) yang membolehkan enjin untuk bertukar antara kitaran Otto dan Atkinson mengikut keadaan pemanduan. Enjin inovatif ini juga mempunyai sistem suapann bahan api jenis suntikan terus 4-lejang enjin versi Superior dengan Turbo (D-4ST) yang menggabungkan sistem bahan api tekanan tinggi untuk disuntik terus masuk ke silinder dan sistem tekanan rendah untuk suntikan ke lohong kemasukan. Suntikan dipisahkan antara penyuntik langsung dan lohong kemasukan mengikut bebanan enjin untuk membantu penjimatan bahan api. SG2003-C Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi 8-kelajuan Sports Direct Shift (SPDS). Transmisi maju ini adalah sesuatu yang julung kali bagi Lexus dan menawarkan operasi lembut dengan peralihan antara gear yang lancar untuk meningkatkan rasa pecutan linear. Peredam ayun diguna pakai untuk mengembangkan kuncian julat gear. Peredam ini membolehkan kuncian dari pelbagai rpm enjin yang rendah antara gear tiga dan gear lapan, sekali gus menyumbang kepada kecekapan bahan api yang cemerlang dan capaian rasa secara lebih langsung. Pemanduan yang hebat mampu dicapai dengan sistem pengurusan berkomputer pintar yang membuat keputusan peralihan gear mengikut daya G (apabila dalam mod Sport yang mempunyai G-AI Shift). Transmisi ini juga mempunyai Kawalan menaiki bukit Uphill Downshift yang memilih gear optimum untuk pemanduan yang baik, manakala kawalan menurun Downshift Lock-up (yang pertama bagi Lexus ) mengekalkan kuncian untuk memastikan hubungan rasa dengan operasi pedal pendikit. SG6075-C Bagi pemilik yang mahu penjimatan bahan api yang lebih baik, terdapat Kawalan Kuasa Simpanan yang mengawal solenoid penggunaan injap kuasa dan juga jumlah kuasa yang dihasilkan oleh alternator. Ini menyumbang kepada mengurangkan penggunaan bahan api, terutama nya pada kelajuan pelayaran. Varian GS 350 dan GS 300H terus menggunakan enjin sama seperti sebelum ini tetapi dengan peningkatan kecekapan bahan api. Enjin 3.5-liter V6 2GR-FKS dalam GS 350, dengan suntikan bahan api terus ke dalam silinder bersama-sama dengan penyuntik lohong kemasukan, menawarkan enjin kelas-teratas bagi prestasi manakala injap pengambilan dan ekzos telah ditala untuk merealisasikan peningkakan output. SG6015-C_1 Bagi Lexus Hybrid Drive yang digunakan dalam 300H GS, enjin 4-silinder 2.5-liter 2AR-FSE mendapat sistem suntikan bahan api elektronik D-4S yang beroperasi pada tekanan yang lebih tinggi. Sistem baru ini bersama-sama dengan peningkatan lain, memberikan prestasi GS 300H yang dinamik, kecekapan bahan api yang sangat baik, dan kesenyapan enjin dalam kelasnya. SG6061-C Seperti 200t GS, GS 350 juga mempunyai hantaran 8-kelajuan Sports Direct Shift (SPDS) tetapi GS 300H menggunakan E-CVT yang dibangunkan secara eksklusif untuk janakuasa hibrid. Ia mempunyai mekanisme tetapan pengurangan nisbah gear yang dioptimumkan untuk merealisasikan prestasi dinamik yang tinggi di samping mencapai kecekapan bahan api yang baik. Semua varian GS baru membolehkan pemandu untuk memilih ciri-ciri enjin dengan menggunakan tombol putar untuk mengurangkan penggunaan bahan api atau mempunyai prestasi lebih mengujakan. Bagi mereka yang ingin prestasi muktamad, mod + SPORT turut juga menyesuaikan redaman suspensi untuk pengendalian yang lebih agresif. SG6023-C SG6056-C SG6024-C SG6265-C SG6294-C