Porsche 911 R yang "ringkas"

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep purist yang diketengahkan oleh Porsche nampaknya bakal menjadi satu produk pujaan bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lebih raw.

Porsche melancarkan model 911 R di Pameran Motor Geneva semalam, dan ia menghasilkan 500 hp dari enjin 4.0 liter tanpa turbo dan transmisi sport enam kelajuan.

Porsche 911 R dengan enjin high-revving ini hanya seberat 1,370 kg, menjadikan ia model 911 paling ringan sekarang (50 kg lebih ringan dari 911 GT3 RS). Fokus ditumpukan lebih kepada sukan permotoran dan sebenarnya, Porsche menghasilkan model ini dari bengkel motorsports mereka sendiri.

Ia menghasilkan 500 hp ada 8,250 rpm dan tork pada kadar 460 Nm pada 6,250 rpm. Ini bermakna anda perlu mengerjakan kotak gear Porsche ini dengan keras untuk menghasilkan tenaga maksima. Pecutan 0 ke 100 kmj boleh dilakukan dalam 3.8 saat dan terus memecut sehingga halaju maksima 323 kmj.

P16_0168_a5_rgb

Sistem brek standard menampilkan Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB), bermakna cakera brek menggunakan bahan komposit - tidak mudah panas (brake fade) tetapi cepat sampai ke suhu operasi. Brek cakera depan ialah sebesar 410 mm dan belakang pula ialah 390 mm. Roda aloi forged 20 inci di pasang dengan tayar depan selebar 245 mm dan tayar belakang 305 mm.

Untuk membolehkan anda memandunya setiap hari, sistem hidraulik boleh menaikkan gandar depan setinggi 30 mm (seperti sistem pada Lamborghini dan Ferrari).

Harga untuk model ini belum ditentukan lagi tetapi pengalaman penulis dengan Porsche di Malaysia - pasti sudah ada pengumpul Porsche di sini yang akan menelefon Porsche Malaysia untuk menempah unit mereka.

[gallery columns="2" size="medium" ids="5684,5685,5686,5687,5680,5682"]