Menjadi tahun keduanya, tahun ini juga kedua-dua jentera itu akan ditunggang oleh dua beradik iaitu Muhamad Nazmee bin Ramlee dengan Moto Morini X-Cape 650X dan Muhamad Amirul bin Ramlee dengan WMoto SX2-300.
Pada perlumbaan Rimba Raid tahun lepas, WMoto SX2-300 berjaya meraih tempat ketujuh keseluruhan bagi kategori C manakala Moto Morini X-Cape 650X menamatkan perlumbaan dengan kedudukan ke-15 keseluruhan, dan pelumba Malaysia yang ketiga untuk kategori B.
Perlumbaan tahun ini bakal menyaksikan cabaran yang lebih hebat di mana kedua-dua jentera dan pelumba bakal menghadapi laluan sepanjang 250 km berbanding 150 km pada tahun lepas.
Perlumbaan tahun ini pastinya bakal menguji kekuatan mental dan fizikal pelumba, serta kebolehan maksimum kedua-dua motosikal WMoto SX2-300 dan Moto Morini X-Cape 650X.
Dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini juga menyaksikan tandatangan perjanjian diantara kedua-dua pelumba bersama Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad dan Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Moto Morini, Ethan.
Langkah MForce untuk terus menyertai Rimba Raid pastinya dapat membantunya menilai semula tentang kekuatan dan kelemahan, serta membantu dalam penyempurnaan prestasi motosikal- motosikal tersebut semasa perlumbaan.