Toyota C-HR akan jadi kenyataan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota telah mengumumkan bahawa ia akan menghasilkan model C-HR sebagai model produksi.

Crossover kompak dengan enjin hibrid ini akan menggunakan platform yang sama dengan model Prius, dan ia mungkin bermakna C-HR akan menggunakan enjin 1.8L hibrid yang sama dengan Prius dengan transmisi CVT. Saiznya lebih mirip kepada saiz Honda HR-V dan Mazda CX-3. Konsep urban juga bermakna ia lebih mementingkan gaya yang sporti dan hanya penggunakan pacuan dua roda, seperti Prius.

Toyota akan membina C-HR ini di kilang mereka di Turki, yang bermakna ia lebih kepada pasaran pandu sebelah kiri (Left-hand-drive). Namun begitu, pastinya Jepun akan mendapat model domestik mereka dan hampir pasti ia akan hadir di Malaysia. Dan sekiranya ia dipasang secara CKD, ia akan menerima pengecualian cukai yang diberikan kepada MITI.

Bila ia akan berlaku ialah sesuatu yang Careta sendiri kurang pasti. Yang pasti, nama C-HR susah untuk disebut!

[gallery columns="2" size="medium" ids="5676,5677"]