Renegade Design reka kit badan khas untuk 7 Series

oleh Mohamad Hanif|
Generasi ketujuh sedan 7 Series mula menerjah pasaran sejak tahun lepas.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Seperti yang dijangkakan, pendekatan bahasa rekaan yang digunakan oleh BMW kerap kali mengundang perdebatan di kalangan peminat dan pengkritik tegar.
 

7


Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, namun pengeluar kit badan Renegade Design cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan membawakan pakej kosmetik baharu untuk model 7 Series.

Pakej luaran tersebut membawakan lip bampar hadapan, diffuser bampar belakang, skirt sisi, spoiler bumbung dan belakang, pelindung jeriji serta perumah cermin sisi.
 

7


Pemilik 7 Series boleh memilih untuk mendapatkan dua kemasan berbeza, iaitu kemasan hitam berkilat daripada gentian basalt, atau kemasan gentian karbon.

Secara peribadi, kit badan Renegade Design ini sememangnya berjaya mengubah penampilan 7 Series yang elegan kepada sedan yang lebih sporti.

Difahamkan, Renegade Design sedia untuk memasarkan kit badan ini ke seluruh dunia, khususnya untuk model-model 740i, 740d dan 760i.