Subaru tayang XV konsep baharu di Geneva

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tidak dapat dinafikan jenama Subaru mendapat nafas baharu setelah melancarkan model crossover kompak mereka, Subaru XV.

Model XV sekarang sudah dipasang sebagai CKD di Malaysia dan oleh kerana harganya yang mampu milik, ia antara crossover urban paling popular di jalanraya.

Subaru nampaknya tidak alpa dengan kejayaan XV, dan telah memperkenalkan model konsep XV yang memberikan sedikit imbasan akan model gantian XV sekarang.

XV Concept yang dipertontonkan di Geneva semalam menggunakan rekabentuk baharu Subaru dengan lampu helang LED dan gril berbentuk hexagon.

Menurut Subaru, model konsep ini lebih pendek tetapi lebar, walaupun jarak roda kekal sama. Roda 19-inci dibalut dengan tayar 245/50 yang menampakkan lagi keganasan XC Concept ini.

Rim aloi nampaknya mirip dengan XV sekarang, tetapi nampak lebih agresif.

Tiada info mengenai enjin atau transmisi tetapi rasanya ia patut dikekalkan kerana XV memang terkenal dengan penjimatan minyak dan sistem suspensi yang sangat mantap!

Harap Subaru akan segera melancarkan model gantian XV ini.

[gallery columns="2" size="medium" ids="5655,5656,5657,5658"]