Penurunan tersebut bukan kerana mahu melawan Tesla yang berlainan segmen (kecuali Cybertruck) tetapi berdasarkan beberapa faktor.
Penurunan harga disumbang peningkatan kapasiti kilang, usaha berterusan dalam penambahan produksi dan pengurangan kos dan kos bahan mentah bateri yang lebih baik.
Pusat Kenderaan Elektrik Rouge di Michigan sebelum ini ditutup selama enam minggu bagi menaiktaraf kilang untuk menambah keupayaan pengeluaran F-150 Lightning.
Kilang itu dibuka semula pada awal Ogos dan kapasiti pengeluaran ditingkatkan tiga kali ganda kepada 150,000 unit F-150 Lightning setahun.
Walaupun turun, harga baharu masih belum menyamai harga awal Lightning semasa dilancarkan ke pasaran.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah Ford beberapa kali menaikkan harga Lightning sejak 2021 susulan isu pembekalan dan kenaikan kos bahan mentah bateri.
Bukan sahaja harga dinaikkan, Ford juga pernah menggantung tempahan.
Kilang Rouge dijadual untuk mengeluarkan lebih daripada 70,000 unit F-150 Lightning pada tahun 2023.
Peningkatan kapasiti kilang membantu mengurangkan masa dalam menyiapkan tempahan pelanggan.
Dari segi perancangan, Ford memfokuskan pada varian yang mempunyai permintaan tinggi seperti XLT dan mewakili lebih daripada 50 peratus tempahan baharu.
Lightning Pro pula kini tersedia dalam jumlah terhad dan dikhaskan kepada pelanggan yang setia dan menunggu sejak pelancaran.
Di dalam penawaran pikap elektrik, Ford pandai memanfaatkan nama F-150 yang merupakan pikap popular di AS.
Strategi itu juga dibuat pada Mustang Mach-E, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) EV berbanding kereta sport.
Berikut senarai harga Ford F-150 Lighthing:
Model |
Harga sebelum (MSRP) AS$ / RM |
Harga sebelum (MSRP) AS$ / RM |
Perbezaan AS$ / RM |
Pro | 59,974 / 273,440 | 49,995 / 227,934 | 9,979 / 45,495 |
XLT 311A | 64,474 / 293,945 | 54,995 / 250,729 | 9,479 / 43,216 |
XLT 312A | 68,474 / 312,185 | 59,995 / 273,524 | 8,479 / 38,656 |
XLT 312A Extended Range | 78,874 / 359,574 | 69,995 / 319,121 | 8,879 / 40,480 |
Lariat 510A | 76,974 / 350,926 | 69,995 / 319,121 | 6,979 / 31,817 |
Lariat 510A Extended Range | 85,974 / 391,964 | 77,495 / 353,319 | 8,479 / 38,656 |
Platinum Extended Range | 98,074 / 447,129 | 91,995 / 419,419 | 6,079 / 27,713 |
Destinasi dan Penghantaran | 1,995 / 9,095 | 1,995 / 9,095 | - |
Ford turut menawarkan bonus AS$1,000 (RM4,559) kepada pelanggan yang memilih sendiri spesifikasi varian XLT, Lariat atau Platinum melalui pengedar sah dan laman web Ford.
Tawaran itu bermula dari 6 hingga 31 Julai dan walaupun sudah berlalu ada lagi daya penarik yang bagus.
Kebanyakan varian F-150 Lightning layak menerima kredit cukai di bawah Akta Pengurangan Inflasi sehingga AS$7,500 (RM34,191).
Bermula awal tahun depan, pemilik F-150 Lightning mempunyai akses untuk menggunakan lebih daripada 12,000 Pengecas super Tesla di AS dan Kanada.
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Foto: Ford