Walaupun rupa paras sememangnya cuba menghampiri rekaan model ikonik F40, namun 'jentera' ini mempunyai tiga kekurangan ketara iaitu saiznya yang lebih kecil, tiada enjin V8 turbo, dan tiada lampu utama pop-up!
Berbanding Ferrari F40, F-Racer Junior ini hanyalah mempunyai dimensi sepanjang 2.6 meter dan lebar 1.6 meter.
Namun, ia masih lagi cukup besar untuk memuatkan dua orang penumpang bersaiz kanak-kanak pada satu-satu masa, atau seorang dewasa sekiranya bumbung 'targa' tersebut dicabut.
Mengikut spesifikasi, F-Racer Junior ini dikuasakan oleh enjin 270 cc yang membolehkan ia mencapai kelajuan tertinggi 56 km/j sahaja.
Ciri lain termasuklah sistem brek cakera hidraulik, sistem suspensi bebas depan dan belakang dengan peredam jenis minyak, pembeza belakang serta rekaan rim lima jejari yang hampir menyamai model F40 yang sebenar.
Susun atur papan pemuka F-Racer Junior ini juga dilihat menyamai rekaan pada Ferrari F40, namun dengan kluster meter yang lebih ringkas, dan tempat duduk jenis bucket balutan fabrik.
Jentera miniatur F40 ini bakal dilelong oleh RM Sotheby's Monterey pada bulan Ogos ini dengan harga bermula dari $30,000 hingga $40,000 (RM136,650-RM182,200).
Sumber: RM Sotheby's