Pemilik Alphard guna ‘beacon light’ dicari polis

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video viral
Pemilik Toyota Alphard yang dikesan kerana menggunakan lampu mata arah (strobe light) di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), di Petaling Jaya pada Rabu akan dipanggil polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian itu telah tular di media sosial Facebook memaparkan kenderaan itu menggunakan 'strobe light' tanpa kebenaran.
AION MREC Banner Campaign May 2024

“Berdasarkan hasil pemerhatian, insiden tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Pemilik kenderaan jenis Toyota Alphard akan dipanggil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Kaedah 94, Kaedah-kaedah Kereta Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 170/59.

“Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” ujarnya.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau…
Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan telah dimuat…
Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…