Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, francais baru kafe popular itu mampu menarik kedatangan pelancong terutama bikers dari luar negara.
"Saya yakin Hard Rock Cafe Ipoh ini akan menjadi tempat persinggahan untuk para bikers.
"Kalau sebelum ini mereka bersantai di Kuala Lumpur, kini Ipoh boleh menjadi lokasi pilihan baru," katanya.
Menurut Rumaizi, beliau yakin kedudukan Ipoh yang strategik serta jadual penerbangan terus ke bandaraya itu juga mampu menarik kedatangan bikers bersama keluarga mereka.
"Kami di Ipoh sangat mengalu-alukan pelancong dan bikers dari utara tanah air serta dari luar seperti Thailand dan Cambodia.
"Begitu juga bikers dari Singapura, kami di Ipoh mengalu-ngalukan anda melalui Hard Rock Cafe," katanya.