Insiden yang berlaku di Guci, Slawi, Jawa Tengah itu dilapor meragut satu nyawa, sementara puluhan penumpang yang lain cedera.
Video rakaman detik-detik bas bergerak sendiri itu juga turut tular di media sosial.
Menurut laporan Liputan6, penumpang bas tersebut terdiri daripada rombongan pelawat yang berasal dai Tangerang Selatan, Banten, Indonesia.
Difahamkan, pemandu bas tersebut mula memanaskan enjin kenderaan itu di kawasan parkir yang disediakan.
Pemandu tersebut kemudian meninggalkan bas dalam keadaan enjin yang masih dihidupkan sebelum bas tersebut tiba-tiba bergerak dan terjunam ke dalam gaung.
Sumber: Liputan6