Datuk Nik Airina dilantik sebagai Pengarah Urusan baharu PLUS

oleh Danial Yasin Suhaimi|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini telah melantik Datuk Nik Airina sebagai Pengarah Urusan baharu berkuat kuasa pada 1 Mei 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Datuk Nik Airina bukanlah nama baharu dalam industri lebuh raya dan PLUS, sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan PLUS selama 10 tahun sejak tahun 2001, sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi pada tahun 2006.

Pada 2010, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Opus Group Berhad, dan kini merupakan Pengarah Urusan UEM Builders Berhad serta Pengarah Projek Khas & Kewangan Korporat di UEM Group Berhad.

Dengan pengalaman lebih 30 tahun, beliau telah berkhidmat dalam industri infrastruktur pengangkutan dan kesihatan, setelah terlibat dalam pembangunan, pelaksanaan dan operasi projek infrastruktur utama di rantau ini.

Antara sumbangan dalam beberapa projek utama sepanjang perkhidmatannya ialah Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Projek Sambungan LRT dan Lebuhraya Cikopo-Palimanan di Indonesia.

Selain itu juga, Datuk Nik Airina memiliki kelulusan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Awam dari University of Miami, Florida dan kini menganggotai Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…