Ford Australia lancar Ranger Wildtrak X, jarak trek lebih lebar, lega bumi lebih tinggi

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda perasan, generasi baharu Ford Ranger semakin mendapat tempat di kalangan para peminat trak pikap tempatan, dan ada beberapa ketika penulis terserempak dengan beberapa unit Ranger Raptor di atas jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara itu di pasaran Australia, Ford baharu sahaja melancarkan varian baharu Ranger, iaitu Wildtrak X.

Menurut Ford, varian Wildtrak X ini bertujuan untuk merapatkan jurang yang wujud di antara Ranger Wildtrak standard serta varian berprestasi tinggi Raptor.
 

wildtrak x


Berbanding Wildtrak standard, Wildtrak X memiliki jarak trek yang lebih lebar (penambahan 30 mm) serta jarak lega bumi 26 mm lebih tinggi.

Ia juga menampilkan sistem suspensi Bilstein yang ditala khusus untuk perjalanan jauh dan membawa muatan tanpa mengorbankan aspek keselesaan, dan dalam masa yang sama mengekalkan kepayaan untuk menunda muatan seberat 3,500 kg.

Ranger Wildrak X ini dipasangkan dengan rim baharu bersaiz 17 inci dengan balutan tayar all-terrain General Grabber AT3 bersaiz 265/70 R17.
 

Wildtrak X


Bahagian luar Wildtrak X ini mendapat ciri seperti jeriji hadapan unik dengan lampu LED tambahan, tempat pemijak sisi aluminium, warna eksklusif Cyber Orange, lampu LED matriks, rak bumbung boleh lipat, rak muatan yang boleh diluncurkan, papan suis tambahan untuk aksesori aftermarket, skrin digital 12.4 inci serta sistem bunyi B&O.

Aspek pemanduan turut dibantu dengan tambahan ciri Trail Control (pemanduan offroad bawah 32 km/j) dan Rock Crawl (memaksimumkan cengkaman tayar dalam mod 4WD low-range).

Wildtrak X didatangkan dengan enjin 2.0 liter diesel turbo berkembar yang mampu menjana kuasa 201 hp dan 500 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.
 

Wildtrak X


Harga jualan Ford Ranger Wildtrak X ini bermula dari AU$75,990 (RM223,424) dan bakal mendarat di Australia menjelang separuh kedua tahun ini.