Dikenali sebagai Avante di pasaran tersebut, Hyundai Elantra kini membawakan kemaskini pertengahan kitaran dengan beberapa perubahan bersifat kosmetik.
Berbanding model terdahulu, Elantra facelift membawakan reka bentuk lampu utama yang lebih nipis, sementara struktur jeriji pula telah dibahagian kepada dua, menjadikan sedan ini tampak lebih garang dan sporti.
Di bahagian belakang, perubahan yang dibawakan adalah bersifat minima, di mana bampar kini membawakan struktur diffuser palsu diikuti dengan penambahan elemen warna perak berbentuk U yang agak besar.
Sementara ruang kabin pula bakal mendapat warna trim baharu iaitu Sage Green yang diikuti dengan penggunaan bahan yang lebih mesra alam.
Setakat ini, Hyundai masih lagi belum mendedahkan butiran spesifikasi yang terperinci bagi sedan Elantra 2024.