Turut dipasang sistem pengudaraan kotak engkol (crankcase), rod tunjal dari chromoly dan pemetaan semula perisian pengurusan oleh Hennessey.
Satu lagi yang dipasang ialah set ekzos cat-back besi tahan karat untuk meningkatkan prestasi dan gema bunyi lebih tinggi.
Menariknya, Hennessey mengekalkan muncung ekzos seperti asal. Ini betul-betul SUV yang menyamar sopan.
Angka prestasi yang dicapai ialah 650 hp dan tork 892Nm dan dibuktikan melalui bacaan mesin dyno.
Semasa program pembangunan dijalankan, pecutan 0 hingga 97 kilometer sejam (km/j) Escalade yang diubah suai hanya memerlukan 5.3 saat.
Satu angka yang tangkas untuk SUV dengan berat lebih 2.5 tan dan panjang lebih 5.3 meter.
Walaupun enjin diusik, jurutera Hennessey membiarkan pemanduan dan pengendalian seperti mod suspensi, pemanduan dan pacuan semua roda dalam keadaan asal.
Harga? Kos untuk naik taraf ditawarkan pada harga AS$27,950 (RM119,749.47) dan setiap enjin yang diubah suai dilengkapi plak dengan nombor siri.
Penulis: Muhammad Md Tajudin