Yamaha MT-09 CKD 2016 kini lebih menarik

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah memperkenalkan model Yamaha MT-09 pemasangan dalam negara CKD semenjak 15 Dec 2014. Motosikal 850 cc 4-lejang, cecair sejuk, enjin 3 silinder dengan suntikan bahan api ini merupakan siri motosikal berkuasa tinggi kedua yang dipasang dalam negara di kilang Yamaha di Sungai Buloh selepas siri XJ yang merupakan model XJ6, XJ6 Diversion dan XJ6 Diversion F. 2016-Yamaha-MT-09-EU-Night-Fluo-Static-003-mja2ft528bgiowmz10ij1xmq3l4ixzzlpqsn3az9yc Seperti yang diketahui umum, MT-09 ini merupakan konsep baru dalam reka bentuk keseluruhan motosikal naked. Ia dilengkapi casis padat dan dikuasai enjin 850cc 3-silinder dengan tork yang tinggi, sebagai jentera prestasi generasi baru yang direka untuk penunggang yang menghargai pecutan cemerlang. Yamaha MT-09 merupakan model perdana HLYM dalam barisan model berkuasa tinggi mereka, sekaligus memberikan pilihan yang lebih luas bagi model motosikal berkuasa tinggi Yamaha, sepadan dengan gaya hidup mereka yang arif menunggang. 2016-Yamaha-MT-09-EU-Night-Fluo-Action-005 Dikhabarkan bahawa Yamaha MT-09 CKD ini ditawarkan pada harga RM RM44,653.24 (termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat) dan boleh didapati di semua pengedar Yamaha terpilih di seluruh negara mulai sekarang. Pilihan warna kini adalah Floresent kuning dengan Kelabu Hitam dan Biru bersama Kelabu Hitam, sementara warna terdahulu iaitu Ungu Deep Armor dan Oren Menyala telah ditamatkan. [caption id="attachment_5351" align="aligncenter" width="620"]2016-Yamaha-MT-09-EU-Race-Blu-Studio-002 Pilihan warna Biru bersama Kelabu Hitam[/caption] [caption id="attachment_5350" align="aligncenter" width="620"]2016-Yamaha-MT-09-EU-Night-Fluo-Studio-002 Floresent kuning dengan Kelabu Hitam[/caption] 2016-Yamaha-MT-09-EU-Night-Fluo-Action-004