Dua Model Baharu Lotus Bakal Muncul Di Geneva

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lotus Cars akan memperkenalkan dua model kereta sport terbaharu mereka di Geneva Motor Show 2016 awal bulan depan. Pengumuman telahpun dibuat dan Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales akan mempertontonkan kereta yang paling laju pernah dihasilkan oleh Lotus setakat ini secara rasmi. Sehingga kini masih belum ada imej mahupun foto usikan dua model tersebut. Selain itu, Lotus akan turut mempamerkan 3-Eleven yang boleh dilihat secara dekat oleh pengunjung. Didatangkan dengan dua versi, Road dan Race, ia mampu menghasilkan 460hp, dan memerlukan kurang dari tiga saat untuk mencapai kelajuan 96km/h. 3-Eleven akan turut ditemani oleh Elise yang paling pantas setakat ini, Cup 250. Ia telah diperkenalkan pada minggu lalu dan telah berjaya mengurangkan beratnya sebanyak 21kg dari kereta asal, selain berjaya menambah 26hp. Elise Cup 250 mampu memecut dari 0-100km/h hanya dalam masa 3.9 saat dengan kelajuan maksimanya mencecah sehingga 248km/h. [gallery ids="5334,5333,5332,5331"]