Honda Civic 2016 Di Amerika Syarikat Akan Panggil Balik

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda akan memanggil balik semua model Civic generasi baharu yang dijual di Amerika Syarikat dan ini bakal melibatkan kira-kira 34,000 unit kereta. Ia berlaku kurang dari dua bulan selepas model tersebut dianugerahkan sebagai Kereta Tahunan Amerika Utara. Pengumuman secara rasmi masih belum lagi dibuat hingga setakat ini, namun notis pembekuan jualan telahpun dikeluarkan kepada pengedar pada akhir bulan lalu. Laman web CivicX.com melaporkan, punca penarikan balik tersebut ada kaitan dengan kehilangan atau terlupa pasang cincin omboh yang mungkin menyebabkan enjin terhenti dan berpotensi mengalami kegagalan. Butiran lanjut mengenai cadangan pembaikan dari Honda masih belum lagi diterima oleh National Highway Traffic Safety Administration dan ia perlu mendapat kelulusan dari mereka terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan dibuat. Setelah segalanya selesai, pelanggan yang terlibat akan diberi notis pada pertengahan Mac sebelum pembaikan bermula. [gallery ids="5324,5323"]