Tanam Jatidiri Utama Keselamatan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan akan membenarkan perlumbaan jalanan bagi menangani peningkatan perlumbaan motosikal haram yang kian meningkat baru-baru ini. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pengumuman itu baru baru ini. Katanya, sebilangan besar penunggang motosikal dan skuter Malaysia telah beralih kepada perlumbaan haram kerana ia menawarkan keseronokan dengan cara yang murah. Dengan mengakibatkan begitu ramai daripada golongan ini mendapat kecederaan dalam kemalangan ketika berlumba, kerajaan memutuskan untuk campur tangan dengan cara yang positif. "Kami akan mengawal keadaan ini, kerana kita sedar bahawa ini adalah satu hiburan untuk mereka. Mereka tidak mempunyai cara lain untuk menghiburkan diri kerana kos yang tinggi," katanya kepada pemberita. Menteri itu juga berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan menutup jalan-jalan bandar di ibu negara untuk semua kereta dan lalu lintas lain untuk satu malam seminggu bagi digunakan untuk perlumbaan jalanan motosikal. Tengku Adnan menambah bahawa, "Mungkin satu atau dua hari dalam satu minggu, kita akan membenarkan nya (perlumbaan jalanan) seperti hari bebas-kereta tetapi hanya bagi mereka untuk berlumba pada waktu malam. Kita tidak mahu lumba haram tetapi kita mahu mereka berlumba di tempat yang tertentu. Jika mereka mahu berlumba, ia nya okay tetapi kita memberi mereka tempat di mana kita boleh mengawal keadaan dan dengan halangan keselamatan dan segalanya." Namun begitu perlu diperhalusi bahawa sukan permotoran adalah berbahaya dan berisiko tinggi. Membenarkan anak anak muda berlumba untuk melepaskan keinginan mereka mungkin satu langkah yang dilihat baik, tetapi ia nya tidak lah semudah itu. Banyak faktor lain terutama sekali faktor keselamatan yang perlu diambil kira. Yang pasti nya, jiwa muda darah panas tidak kan sejuk dengan berlumba di tempat yang dibenarkan. Kadangkala keseronokan dan kepuasan yang dicari itu datang nya dari jiwa yang memberontak, iaitu keinginan membuat sesuatu yang di luar batasan kebenaran! Ini lah yang mungkin dilakukan oleh sebahagian ratusan penonton yang menyaksikan tiap perlumbaan tersebut. Pelumba di dalam litar mungkin telah puas dengan aksi mereka, yang telah disaksikan penonton yang kelak akan mendambakan untuk melakukan aksi yang sama apabila pulang dari perlumbaan itu, Ia nya seperti suatu kitaran yang ganas dan tiada akhir nya, kerana golongan muda hari ini yang akan besara dari aktiviti sebegini bila meningkat dewasa dan matang, akan diganti pula dengan golongan muda lain, yang akan meneruskan malah mungkin melakukan improvisasi bagi meningkatkan lagi tahap keseronokan demi memenuhi ketagihan adrenalin mereka. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa apa yang merisaukan sebenarnya adalah faktor keselamatan anak anak muda ini. Mununggang secara laju di mana sahaja akan mengundang risiko baik di litar lumba atau pun di jalanan. Namun begitu, litar lumba mempunyai ciri ciri keselamatan seperti benteng, beg udara, beg habuk papan dan juga kawasan tersasar (run-off) yang telah direka untuk mengurangkan risiko kecederaan. Pun begitu, segala nya bermula dengan penunggang itu sendiri. Disiplin yang kuat dan telah terbentuk sejak kecil akan menjadi garis panduan jati diri mereka bagi menentukan keselamatan diri sendiri sewaktu menunggang. Pemakaian jaket keselamatan dan juga topi keledar yang diluluskan harus ditanam sebagai satu keperluan yang semulajadi, dan bukan nya dilihat sebagai sesuatu yang seperti di luar tabii. Kata kata seperti "Apa barang pakai jeket dan sut? Ko nak masuk MotoGP ker?" tidak seharusnya terungkap lagi dari mulut mereka ini. Masyarakat kita sedang melalui satu proses peralihan ketamaddunan. Kini ramai penunggang yang sudah memakai jaket keselamatan dan sarung tangan sewaktu menunggang, tidak kira samada mereka menunggang motosikal kecil atau yang lebih besar. Dua atau tiga dekad lepas, berpakaian sedemikian dengan menunggang sebuah kapcai hanya akan mendatangkan tawa dari rakan rakan. Biar lah. Bila jatuh, yang mungkin cedera adalah anda, bukan nya mereka. Keselamatan bermula di rumah. Sebelum kita membincangkan lokasi perlumbaan dan peralatan serta langkah keselamatan yang lain, ada baiknya kita usahakan peningkatan disiplin diri dalam menunggang dan juga penurunan harga peralatan keselamatan. Untuk menunggang atau berlumba secara selamat, ia nya harus bermula sewaktu sebelum melangkah keluar dari rumah, iaitu dengan memakai pakaian yang bersesuaian. Dan usaha untuk memastikan pemakaian peralatan keselamatan akan menjadi lebih mudah seandainya semua itu lebih mampu milik. Teori Maslow mengenai kepuasan individu telah menjelaskan bahawa seseorang itu tidak akan puas pada satu tahap sahaja dan akan mendampakan keseronokan atau thrill yang lebih mencabar. Namun begitu risiko kemalangan tentunya mampu dikurangkan dengan budaya menunggang yang betul dan persiapan mental yang baik. Budayakan keselamatan diri, persekitaran dan etika menunggang, baik dalam perlumbaan mahu pun tunggangan harian. 81