Sistem Pembayaran Touch ‘n Go PayDirect & RFID tergendala di DUKE & SPE

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pihak DUKE mengesahkan terdapat gangguan pada sistem pembayaran Touch ‘n Go dan RFID yang berlaku di Lebuhraya DUKE & SPE pada 17 Disember 2022.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Kejadian itu berpunca daripada aktiviti vandalisme terhadap ‘fibre optic cable’ di infrastruktur pembekal talian komunikasi (TM) berhampiran Lebuhraya DUKE.

Hal tersebut menyebabkan pembayaran menggunakan Touch ‘n Go PayDirect dan RFID telah terjejas buat sementara waktu.

Gangguan sistem tersebut sedang dibaik pulih oleh pihak TM secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

 

Sumber: DUKE Highway