Volkswagen Group taja 190 unit Passat untuk Le Tour De Langkawi 2016

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Group Malaysia telah menyerahkan 190 unit Passat yang akan menjadi kenderaan rasmi perlumbaan basikal jelajah Le Tour De Langkawi 2016 bermula hari ini. Model Passat tersebut akan digunakan sepanjang perlumbaan edisi ke 21 tahun ini sebagai kenderaan untuk kegunaan promosi (calvacade), pelumba, pasukan, marshal perlumbaan dan juga pasukan polis. Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Kami berbangga kerana Volkswagen Passat yang dipasang tempatan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bertaraf dunia. Ciri-ciri ini amat penting demi memastikan acara, deligasi, pegawai dan para pelumba sentiasa selamat sepanjang perlumbaan.” Passat pemasangan tempatan dilengkapi enjin petrol empat-silinder pancitan terus 1.8-liter TSi 160PS turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga tork 250Nm. Enjin ini juga menjimatkan penggunaan bahan api dengan 7.0 liter/100km dengan anggaran jarak 14.3 km untuk setiap liter. Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2016, Emir Abdul Jalal turut mengalu-alukan kepulangan Volkswagen dalam keluarga LTdL, setelah sebelum ini pernah menaja jersi Pelumba Klasifikasi Asia pada tahun 2009, yang sentiasa menjadi rebutan antara pelumba dari benua Asia Sumber : ltdl.com.my