Kembali nya Perang Turbo

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Khabar angin di Jepun sedang betiup kencang bahawa dua model akan bersaing sesama sendiri bagi tahun 2017 dalam arena turbo iaitu Kawasaki ZX-11R TURBO dan Suzuki Hayabusa 1400cc TURBO! Sekali lagi majalah motosikal Jepun iaitu Young Machine telah menerbitkan isu terkini dan menampar kedua dua kisah ini di muka depan nya sebagai berita besar untuk 2017. 12779134_1246119312082987_9145058329792896418_o-2 Menurut mereka, berita terdahulu yang menganggap pengeluaran ZX-14R versi ganas untuk tahun depan kini mungkin beralih kepada ZX-11R dengan dilengkapi turbo. Motosikal ini juga dilengkapi lohong pengambilan udara terbelah di hadapan yang selaras atau seiring dengan lukisan paten yang telah kami laporkan sebelum ini (klik sini untuk baca semula) yang menunjukkan aliran udara terus ke dalam mekanisme dalaman motosikal, dan disuap melalui laluan ke dalam fairing. Namun laporan itu tidak berhenti di sana - pengganti Hayabusa 1400 yang telah diperkatakan untuk beberapa waktu juga telah disemak semula dan majalah itu mendakwa telah mendapat penglihatan pertama bagi enjin yang akan dipasang kepada motosikal - dan ilustrasi menunjukkan sebuah turbocharger besar yang diperketatkan ke sebelah kanan enjin. 12779134_1246119312082987_914505832979ggggg2896418_o-2 Menariknya, majalah Young Machine turut mengatakan bahawa Busa kini dipasang sayap yang keluar dari fairing, lebih kurang selari dengan tahap bahagian atas radiator. Semua ini akan membuat kita terfikir samada adakah pengeluaran jentera yang besar-kapasiti dan super-cepat seperti ZX-11R TURBO dan Busa 1400 TURBO akan membuatkan kita teruja? Atau adakah penggunaan turbo ini sebenarnya menuju ke arah yang salah, dengan ada nya kemajuan teknologi yang semakin meningkatkan kuasa dan mampu menghasilkan kuasa yang sama tanpa perlu turbo....? 12779134_1246119312082987_9145058329792896418_o