Jurnal 2 - Keselamatan lebih penting dari halal atau haram

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha R25 2015-12 Baru-baru ini, ramai yang berkongsi pendapat tentang laporan mengenai Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diberitakan telah memberi kenyataan bahawa pihak kerajaan akan mewujudkan perlumbaan jalanan (street race) untuk membasmi peningkatan gejala lumba haram di dalam negara. Laporan The Malay Mail Online  melaporkan Tengku Adnan berkata ramai rakyat Malaysia yang berlumba secara haram kerana ia memberikan "kepuasan murahan" (economic thrills). Tengku Adnan seterusnya dilaporkan berkata sebelum ini kerajaan pernah mengadakan siri-siri perlumbaan di Batu Tiga, Shah Alam tetapi sambutan dari awam tidak menggalakan dan mereka tetap berlumba secara haram di jalanraya awam. [caption id="attachment_5275" align="aligncenter" width="650"]Gambar dari www.kualalumpurpost.net Gambar dari www.kualalumpurpost.net[/caption] Cadangan beliau ialah kerajaan akan mencari satu lokasi yang sesuai dan ia dilakukan secra pesta di mana "food trucks" akan dijemput untuk datang menjual pelbagai makanan. Pertama, terima kasih di atas cubaan Datuk Seri untuk menyelami kehendak rakyat. Secara jujur, Datuk Seri bukan menteri yang pertama menjanjikan perkara yang sama. Di Kuala Trengganu dikatakan akan muncul satu litar baharu tahun ini dan di Alor Star juga dijanjikan litar yang sama sejak 2013 tetapi masih tiada bayangan. Kedua, saya rasa Datuk Seri perlu cari penasihat yang lebih baik kerana nampaknya Datuk Seri tidak cukup ilmu dalam bidang ini. Saya sendiri bukannya pakar di dalam penganjuran perlumbaan sukan bermotor tetapi saya boleh berkongsi sedikit ilmu yang saya pelajari dari pengalaman saya dan dari rakan-rakan saya di dalam bidang tersebut. - Perlumbaan di litar Batu Tiga, Shah Alam mendapat sambutan yang menggalakkan dan jika diambil kira jumlah kenderaan dan kelab-kelab permotoran sekarang, litar Batu 3 akan menjadi lebih aktif dari litar Sepang kerana lokasi yang lebih dekat dengan Lembah Kelang, kos penganjuran yang lebih rendah dan kos kemasukan (entry cost) yang lebih mampu. Sayangnya, rakan Datuk Seri sendiri yang merobohkan litar tersebut untuk membina perumahan mewah. - Perlumbaan jalanan bukan mudah untuk dilakukan, dan mempunyai risiko yang sangat tinggi. Jalanraya, seperti yang semua sedia maklum, mempunyai halangan dan objek yang boleh membunuh pelumba. Ini bukan lumba kuda. Motosikal kapchai modern boleh mencecah lebih dari 150 kmj. Walaupun halaju boleh dikawal, perlanggaran dengan tembok atau tiang lampu dalam kelajuan melebihi 80 kmj masih lagi mampu membawa maut. Di sini, samada perlumbaan itu halal atau haram, yang penting ialah ia selamat untuk pelumba dan penonton. - Jika berlaku kemalangan jiwa, reaksi normal dari Malaysia ialah bukan memperbaikinya, tetapi diharamkan terus. Ini hanya akan membazirkan usaha-usaha yang telah dilakukan. - Kawalan penonton juga bukan suatu isu remeh. Ini memerlukan pembinaan pagar yang kukuh dan fasiliti infrastruktur yang banyak. Kos ini bukan rendah dan lebih baik sumber RM digunakan untuk membina trek kekal yang lengkap. - Penutupan jalanraya bukan sesuatu yang disukai oleh sesiapa sahaja. Ia mungkin mengganggu perniagaan di sekitar lokasi tersebut. - Sekiranya dilakukan setahun sekali, mungkin boleh (seperti yang dilakukan tahun lepas ketika perlumbaan KL City GP). Untuk dilakukan selalu, lebih kos efektif dan lebih selamat untuk diadakan satu litar urban seperti Batu 3. - Perlumbaan jalanan hanya lebih bersifat hiburan sementara. Malaysia mempunyai ramai bakat-bakat muda dan sekiranya kita mempunyai satu trek urban seperti Batu Tiga, kita boleh melakukan pelbagai program untuk mengasah bakat pelumba. - Litar yang lengkap lebih mudah untuk penganjur mencari penaja kerana fasiliti yang lengkap dan penganjuran program yang lebih pasti kerana kalendarnya lebih mudah ditetapkan. - Permukaan litar jalanan sangat subjektif pada penggunaan lalulintas di kawasan tersebut. Kos pembaikan untuk memastikan jalanraya itu sentiasa selamat untuk berlumba akan meningkatkan kos. Jika di trek, tidak ada lori DBKL atau lori balak atau bas-bas yang bakal merosakan permukaan jalan tersebut. Diharapkan agar Datuk Seri jangan putus asa dalam merealisasikan idea ini. Kami di Careta sebenarnya sangat menyokong niat kerajaan tetapi kami cuma mahu ia dilakukan dengan cara terbaik agar ia menjadi satu program yang berpanjangan.