MWT-9 bakal muncul tahun hadapan!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Yamaha nampaknya akan mengeluarkan model konsep MWT-9 tiga-roda mereka, menurut laporan dari Visordown.

Konsep yang dipertontonkan kepada umum Oktober tahun lalu di Pameran Motor Tokyo menggunakan enjin tiga-silinder sebaris 847 cc dari enjin MT-09 tetapi dengan kerangka khas yang menampilkan dua roda hadapan yang mampu "baring". (Ikuti laporan awal kami di sini.)

Visordown seterusnya melaporkan berita ini diumumkan oleh Yamaha ketika perjumpaan media di pelancaran model 2016 MT-09 dan MT-03 baharu.

Kemungkinan besar, MWT-9 akan dilancarkan untuk pasaran dunia tahun hadapan dan Careta rasakan Eropah merupakan pasaran terbesar skuter ganas ini.

  [gallery size="large" ids="5271,5270"]