Dibawah tanggungjawab Renault Korea Motors (RKM), SUV untuk pasaran Korea itu bakal berkongsi platform CMA (Compact Modular Architecture) yang turut digunakan pada model Volvo XC40 dan Lynk & Co.
Tidak banyak info yang didedahkan melainkan ia akan tampil dengan trenkuasa hibrid dan bakal bersaing di dalam kelas SUV Segmen D.
Berdasarkan gambar acah yang dibekalkan, SUV baharu ini mempunyai garis bumbung seakan sebuah SUV coupe, dengan rekaan lampu utama yang nipis, garis bahu yang lebih tegap, dan spoiler bumbung yang kecil di belakang.
Selain daripada pelaburan berjumlah lebih €900 juta untuk pasaran Korea, Renault juga bakal memasarkan SUV ini di pasaran China.