Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah basikal dan bas dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila penunggang basikal melanggar gumpalan tar yang berada tepi lorong kiri jalan.
"Ia menyebabkan basikal mangsa terbabas dan jatuh di laluan lorong kanan jalan. Pada masa sama, sebuah bas di lorong sama cuba membrek dan mengelak namun melanggar mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini (Sabtu).
Ramli berkata, lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba jam 8.38 pagi.
"Pemeriksaan mendapati penunggang basikal itu terperosok di bawah bas dan mengalami cedera parah.
"Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut," katanya.