Difahamkan, ibu bayi tersebut meletakkan kenderaannya di situ sebelum keluar membeli barang dan meninggalkan anaknya di dalam kenderaan.
Sementara itu Pegawai Operasi Bomba PBKII, Osman Abd. Malik berkata, pihak bomba sampai ke lokasi mendapati sebuah kereta Toyota Alphard yang terbabas ke dalam longkang.
"Terdapat seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dalam kereta tersebut yang cedera.
"Namun mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba," katanya.
Katanya, mangsa sudah diserahkan kepada pihak Hospital Jerantut untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu tular di media sosial rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan orang awam dilihat mengeluarkan sesuatu daripada sebuah kereta yang terbalik di dalam longkang sebelum menaiki tangga untuk naik ke atas.