Lampu LED bumbung Triton Phantom dapat kelulusan JPJ

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu perkara yang menarik perhatian ramai netizen sewaktu pelancaran Triton Phantom Plus Edition adalah kehadiran dekorasi bumbung yang lengkap dengan bar lampu LED.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ada yang tertanya, pasang lampu tu lulus JPJ ke?

Soalan tersebut kami ajukan kepada pihak Mitsubishi sendiri dan mereka mengesahkan pemasangan lampu LED tersebut telah mendapat kelulusan VTA daripada JPJ.

Menurut jurucakap Mitsubishi Motors Malaysia, lampu LED tersebut tidak diklasifikasikan sebagai lampu spotlight, memandangkan mengikut peraturan JPJ pemasangan lampu spotlight untuk 4x4 sememangnya tidak dibenarkan di bahagian atas bumbung.
 

Triton


Lampu LED tersebut bersambung dengan fungsi lampu tinggi dan dihubungkan dengan satu suis, bermakna pemandu boleh memilih untuk menggunakan suluhan tinggi yang biasa atau gandingan suluhan tinggi bersama-sama nyalaan LED itu tadi.

Untuk fungsi suluhan lampu normal yang rendah, bar LED tersebut tidak akan berfungsi sama sekali mengikut regulasi yang telah ditetapkan.

Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPJ, kenderaan 4x4 dibenarkan memasang lampu spotlight untuk aktiviti off-road dan lampu tersebut perlu dimatikan (dan ditutup dengan penutup asal) apabila kenderaan tersebut dipandu atas jalan raya.

Selain daripada itu, lampu spotlight tersebut mesti berwarna putih atau amber dan hanya boleh dipasang di bahagian hadapan sebagai lampu tambahan kepada unit lampu sedia ada.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Model Terbaharu
Namun begitu, kenderaan 4-wheel-drive (4WD) tidak bermaksud ia kurang dari segi keselesaan dan ciri…
Berita Domestik
  Berikutan itu, katanya, syarikat terbabit dicatatkan menduduki tempat keempat di dunia sebagai…