Gao Feng sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus Besar di kilang Volvo Taizhou sejak tahun 2016 di mana beliau memainkan peranan yang cukup penting terutama pelancaran model-model baharu Volvo di rantau tersebut.
Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dari Institut Teknologi Harbin, China sudah mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri automotif.
"Saya amat teruja untuk memulakan lembaran baharu dengan Volvo Cars di Malaysia. Dengan pengenalan Volvo XC40 Recharge Pure Electric baru-baru ini, saya berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk menghasilkan lebih banyak EV di sini untuk dieskport ke rantau ASEAN," ujarnya.