Larangan tersebut mendapat reaksi bercampur-campur daripada penduduk tempatan, ada yang mengatakan penunggang memandu secara berbahaya manakala yang lain mengatakan menunggang okadas menyediakan peluang kerja penting untuk golongan muda.
Seorang penduduk, Abraham merayu agar larangan yang dikenakan untuk diringankan dengan berkata menunggang okadas memberikan pendapatan penting bagi ramai orang.
“Terdapat kemiskinan di negara ini. Pengharaman total adalah tindakan tidak realistik.
“Inilah yang digunakan oleh sesetengah orang untuk menyara kehidupan,” ujarnya.
Larangan tersebut terpakai kepada enam kawasan kerajaan tempatan iaitu Eti-Osa, Ikeja, Surulere, Pulau Lagos, Tanah Besar Lagos dan Apapa yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2022.
Gabenor Lagos, Babajide Sanwo-Olu, yang mengumumkan larangan itu bulan lalu, berkata larangan itu akan mengekang ancaman okadas.
Penunggang okadas terkenal dengan kecenderungan memandu laju dan mengambil risiko ketika mengharungi kesesakan lalu lintas yang terkenal di bandar itu.
“Nyawa semakin hilang setiap hari, kemalangan yang boleh dielakkan berlaku setiap hari dan penunggang tidak menghormati mana-mana undang-undang jalan raya kita,” katanya.