Sebagai sebahagian daripada program keselamatan bernilai $245 juta, kerajaan Australia turut menampilkan solusi menarik khusus buat jalan-jalan yang tidak mempunyai lampu jalan itu tadi.
Salah satu daripadanya adalah pengenalan penanda jalan yang mampu bercahaya di dalam gelap, dan menurut kerajaan negeri Victoria, inovasi ini mampu membantu pengguna jalan raya terutama ketika memandu pada waktu malam.
Syarikat Tarmac Linemarking turut berkongsi di dalam laman Facebook berkenaan ujian penggunaan penanda tersebut di atas jalan raya yang sebenar.
Meskipun keadaan persekitaran yang agak gelap, garis jalan tersebut masih lagi mampu dilihat dengan jelas pada waktu malam, terima kasih kepada penanda jalan dengan ciri photoluminescent itu tadi.
Solusi ini nampaknya sangat menarik untuk diaplikasikan di Malaysia, terutama di jalan-jalan dalam kawasan Felda.