Difahamkan, hanya 3,000 unit sahaja dihasilkan untuk tujuan itu, dan salah satu daripada unit tersebut berjaya memecahkan rekod di United Kingdom.
Ini kerana pada 14 Mei yang lalu, sebuah Honda VFR750R RC30 tahun 1990 yang tidak pernah didaftarkan telah dijual pada harga £65,250 (RM361,754), jauh lebih mahal berbanding harga jualan asal £8,499 bersamaan dengan nilai £16,972.29 (RM94,130) pada ketika ini.
Jentera yang masih 'dara' ini sebenarnya dieksport dari Jepun ke Itali yang kemudian menjadi sebahagian daripada simpanan David Silver Honda Collection sehingga tahun 2017.
Menariknya, berdasarkan semakan jentera RC30 ini sememangnya masih lagi mempunyai kondisi bilik pameran, dengan jarak perbatuan sekadar 2 km sahaja!
Honda VFR750R RC30 ini didatangkan dengan nadi V4 bersesaran 748 cc dengan kuasa setinggi 75.94 hp untuk pasaran Jepun, atau 118 hp untuk pasaran lain, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan bantuan klac slipper.
Sumber: Silverstone Auctions