Purosangue akan menjadi eksklusif, sama seperti model Ferrari lain

oleh Mohamad Hanif|
Segmen SUV merupakan lubuk membuat duit bagi sesetengah pengeluar seperti Aston Martin, Rolls-Royce, serta Lamborghini bagi membolehkan mereka terus bertahan dan kekal menghasilkan model-model yang lebih menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun tidak bagi Ferrari.

Ini kerana, walaupun jenama Prancing Horse itu bakal melancarkan SUV Purosangue, mereka akan tetap menjadikan model SUV tersebut sebagai model eksklusif.

Penerbitan Australia, CarExpert berkesempatan menemubual Presiden Ferrari Far East dan Middle East Dieter Knechtel berhubung strategi yang bakal diambil oleh Ferrari untuk model SUV tersebut.
 

Roma


Menurutnya, Ferrari melihat model Purosangue sama seperti Roma dan Portofino/Portofino M - untuk menarik golongan pembeli kali pertama selain memancing kelompok pengguna yang lebih muda.

"(Ferrari Purosangue) akan menjadi satu lagi model dalam penawaran Ferrari, dan dalam penawaran sedia ada, tidak ada bekalan yang tidak berkesudahan. Jadi kami harus berhati-hati untuk mengimbanginya dengan betul.

Jelasnya lagi, Ferrari akan mengekalkan tahap eksklusiviti SUV ini sama seperti model-model kelahiran Maranello yang lain, dan pelanggan sedia ada akan tetap diberikan keutamaan.
 

V12


Ferrari turut akan mengekalkan penawaran nadi V12 biarpun dengan peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat.

"Enjin V12, pelanggan kami amat sukakannya, dan saya fikir kami akan terus mengekalkan penawarannya selama mana yang mungkin, dan melihat perkembangannya pada masa akan datang.

Biarpun Ferrari dikatakan mengehadkan penawaran Purosangue, tidak syak lagi SUV baharu ini mampu membantu Ferrari mencatatkan satu lagi rekod jualan baharu pada masa depan.

Sebagai rekod, Ferrari mencatatkan angka jualan sebanyak 11,155 unit untuk sepanjang tempoh 2021, satu angka yang tertinggi yang pernah dicapai oleh jenama Prancing Horse.

Sumber: CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Pelancaran
Rekabentuk gril bertemakan bintang dan planet Zuhal beserta "cincinnya" sementara roda aloi bersaiz…